Kenali Herba





Nama Saintifik

Andrographis paniculata

Family

Acanthaceae

Nama Tempatan

Hempedu bumi, akar cerita, king of bitter, bidara

Keterangan

Tumbuhan ini merupakan tumbuhan herba menegak semusim, mencecah 1 m tinggi. Jenis daun mudah, berkedudukan setentang, berbentuk lanseolat dan runcing di hujung daun, 5–8 cm panjang. Mempunyai daun bersegi empat dengan alur membujur dan cabang panjang divarikat yang banyak. Bunganya kecil dan tunggal, berwarna pudar tetapi berbintik perang dan ungu, 10–30 mm panjang. Buah berbentuk kapsul, lurus, bujur dan runcing di hujung, mempunyai kelenjar berbulu halus, terbelah kepada dua ketika matang, bersaiz kecil dan licin. (Medicinal Herbs & Plant Database 2010-2015).

Kegunaan

Daun hempedu bumi digunakan untuk merawat saluran gastrousus dan jangkitan saluran pernafasan, demam, sakit tekak dan pelbagai penyakit kronik dan penyakit berjangkit lain (Chopra et al. 1956). Hempedu bumi juga telah digunakan dalam perubatan masyarakat dahulu bagi pesakit cirit-birit atau disentri dan luka yang disebabkan oleh patukan ular dan sengatan serangga (Burkil 1935).

Monograf Herba Malaysia (sumber: Globinmed)